Utama

Kursus

Subjek Pengajaran Bagi Kursus Asas DSLR

  • PDF
  • Cetak
  • E-mail

Berikut adalah sebahagian dari subjek pengajaran bagi Kursus Asas Fotografi DSLR:

KAWALAN ASAS KAMERA

Mengenal bahagian-bahagian kamera serta fungsi asasnya. Cara pengendalian yang betul, penjagaan serta keselamatan. Juga mengenai asas tangkapan imej melalui CCD atau CMOS serta teknologi penyimpanan data seperti RAW, TIFF dan JPEG. Fahami secara umum format dan teknologi kamera seperti 35mm/full frame SLR serta APS size DSLR

APERTURE

Teori 'f/number', 'f/stop' dan ciri-ciri 'aperture' yang berlainan serta kesannya kepada 'depth-of-field'.

SHUTTER

Teori 'shutter speed', 'shutter stop', pergerakan vs 'shutter', teknik mengelakkan gambar goyang dan kaitan 'focal length' dengan 'shutter speed'.

ISO

Penggunaan ISO, ciri-ciri ISO yang berbeza, panduan pelarasan ISO serta kaitan ISO dengan 'exposure'. Fahami hubungan antara 'picture noise' dan 'exposure'.

FOCAL LENGTH

Teori mm dalam 'focal length', kefahaman 'angle of view', perspektif, 'depth' serta ciri-ciri berbeza untuk setiap 'focal length'. Teknik penggunaan lensa yang sesuai untuk setiap situasi yang tertentu. Teknik penggunaan lensa untuk komposisi yang terbaik.

DEPTH OF FIELD

Medan fokus dan kaitannya dengan 'aperture', 'focal length' dan 'focusing distance'. Teknik mendapatkan 'shallow' atau 'great depth-of-field'. Juga membincangkan kegunaan 'depth-of-field' dalam penghasilan gambar.

MENDAPATKAN PERFECT EXPOSURE

Kesimpulan dari keseluruhan subjek merangkumi 'aperture', 'shutter', ISO, 'exposure meter' dan 'exposure mode' untuk mendapatkan kualiti 'exposure' terbaik. Pelajari juga bagaimana mengenalpasti 'perfect exposure' dan cara mudah untuk mendapatkannya.

Terakhir Dikemaskini pada Ahad, 13 Jun 2010 03:58

 

Kursus Fotografi Siri 1/2010

  • PDF
  • Cetak
  • E-mail

Villosa Marketing And Design telah menganjurkan Kursus Fotografi Siri 1/2010 - Asas Fotografi Digital dan Suntingan Imej pada 28 dan 29 April 2010 yang lalu bertempat di Bilik Seminar SK Temenggong Abdul Rahman. Seramai 28 peserta dari 40 yang memohon telah hadir.

 

Banner

Di Talian Sekarang

Kami ada 8 pelawat online

HDRi

Dalam bidang fotografi, grafik berkomputer dan pemprosesan imej, terdapat satu teknik yang membenarkan penghasilan imej secara dinamik yang dinamakan 'High Dynamic Range Image' atau singkatannya disebut 'HDR'. Teknik ini menggabungkan sekurang-kurangnya tiga imej yang setiap satunya mempunyai kadar dedahan cahaya (exposure) yang berbeza antara terang dan gelap.

Baca lagi...

Apa Kata Mereka?

Karya Azman MusaSedikit tentang riwayat HDR aku ni, sebenarnya aku habis hati minat sangat pada photo HDR (High Dynamic Range) ni, seingat aku masa aku belum berkenalan dengan dslr lagi. Bila nampak saja foto HDR ni hati mula iri... Datang soalan "macam mana nak buat gambar boleh jadi begini".

Baca lagi...

Iklan

Marhaban ahlan wahsalan bikum!
Muatturun album bacaan Al-Quran dan Album "Mahabbah" terbaru dari Rabbani sekarang!
Buat Duit Online
Jom Sertai Program Affiliate Multi-Tier Terbaik Di Malaysia. Terbukti Lumayan. Komisyen 100%.
The Entrepreneurs Network
Laman informasi, jaringan & kaunseling berkaitan keusahawanan buat para usahawan.